Latar belakang Pertempuran_Mohács

Kejatuhan kuasa diraja (1490-1526)

Peristiwa di Eropah, dan persekutuan Perancis-Uthmaniyyah

Raja Francis I dari Perancis telah dikalahkan dalam Pertempuran Pavia pada 24 Februari 1525 oleh pasukan tentera Maharaja Suci Rom Habsburg, Charles V. Selepas beberapa bulan dipenjarakan, Francis I telah dipaksa untuk menandatangani Perjanjian Madrid.

Dalam satu titik perubahan dalam diplomasi Eropah, Francis mencapai persefahaman dengan empayar Uthmaniyyah, yang mana menghasilkan sebuah Persekutuan Perancis-Uthmaniyyah secara rasmi.Tujuan Francis I adalah jelas iaitu mencari sebuah sekutu untuk menentang Mahajara Habsburg yang berkuasa iaitu Charles V, melalui Sultan Uthmaniyyah, Suleiman Yang Mengagumkan. Persekutuan dalam strategi dan taktikal antara Perancis-Uthmaniyyah berlangsung sekitar tiga kurun.[7] Ia bagaimanapun menyebabkan sebuah skandal dalam dunia Kristian.

Bagi melepaskan tekanan Habsburg ke atas Peraancis, Francis meminta Suleiman untuk berperang dengan Empayar Rom Suci, dan jalan daripada Turki ke Empayar Suci Rom adalah melalui Hungary. Permintaan raja Perancis ini secara kebetulan selari dengan cita-cita Suleiman di Eropah dan memberi beliau imbuhan untuk menyerang Hungary pada tahun 1526, yang mana mencetuskan Pertempuran Mohács.[7]